Jumaat, 5 April 2019 | 9:51pm
Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar penerangan mengenai produk halal yang dipamerkan ketika membuat lawatan di MIHAS dekat MITEC, hari ini. - Foto BERNAMA
Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar penerangan mengenai produk halal yang dipamerkan ketika membuat lawatan di MIHAS dekat MITEC, hari ini. - Foto BERNAMA

Agong berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Seri Paduka turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung dan melawat beberapa gerai pameran yang menjual pelbagai produk halal.

MIHAS 2019 yang berlangsung di MITEC selama empat hari mulai 3 hingga 6 April ini adalah ekspo perdagangan halal tahunan terbesar dunia, menjadikannya platform bagi perdagangan halal global.

Pameran perdagangan halal ini juga berjaya menarik lebih 1,000 peserta pameran dari lebih 40 negara dengan 1.5 juta produk halal dipamerkan. – BERNAMA

Berita Harian X