Isnin, 22 April 2019 | 7:59am
MAJLIS pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor akan berlangsung pagi ini di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Majlis pelantikan EXCO Johor pagi ini

JOHOR BAHRU: Majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor akan berlangsung pagi ini di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.

Difahamkan, majlis akan bermula pada jam 9 pagi dan secara tradisinya, pelantikan dilakukan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Sehingga jam 7.30 pagi ini, suasana di perkarangan pintu masuk utama Istana Bukit Serene masih tenang dan belum ada kenderaan rasmi kerajaan negeri dilihat memasuki pintu berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian petugas media turut bersedia di sebuah lagi pintu masuk di kawasan berhampiran Tasik Merdeka, di sini kerana difahamkan Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal, bakal menggunakan laluan berkenaan.

Sejurus selesai majlis pelantikan pagi ini, Dr Sahruddin dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya pada jam 12 tengah hari ini.

Berita Harian X