Jumaat, 3 Mei 2019 | 12:53am

Isteri Musa Hassan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Chawan, Seksyen 6/15, Petaling Jaya, malam tadi.

Allahyarham Puan Sri Juriah Ahmad meninggal dunia pada kira-kira jam 10.17 malam.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya untuk dimandi dan dikafankan sebelum solat jenazah pada jam 8 pagi ini.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010.

Berita Harian X