Rabu, 29 Mei 2019 | 6:37pm

Lorong PLUS berhampiran Ipoh dibuka sepenuhnya

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan laluan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Ipoh kini dibuka sepenuhnya.

PLUS dalam kenyataannya, berkata semua kerja pembaikan di KM272.7 (arah utara) selesai sepenuhnya dalam tempoh kurang 24 jam dan semua lorong dibuka kira-kira jam 5 petang semalam.

“PLUS mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang memberi kerjasama baik ketika kerja membaik-pulih dilaksanakan,” katanya, hari ini.

Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS, boleh mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau aplikasi PLUS Mobil atau menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000.

Berita Harian X