Sabtu, 1 Jun 2019 | 10:57am
TRAFIK perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak. Foto Twitter llminfotrafik.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR: Pergerakan trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 10.30 pagi tadi berikutan orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Slim River menuju Sungkai, Perak.

Aliran trafik juga dilaporkan tinggi dari Tapah menuju ke Gua Tempurung, Perak.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak, ke terowong Genting Sempah serta Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Berita Harian X