Rabu, 5 Jun 2019 | 10:30am

Agong solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 jemaah di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, di sini, bersama kira-kira 10,000 jemaah sempena sambutan 1 Syawal, hari ini.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.20 pagi.

Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta beberapa menteri Kabinet dan dif kehormat.

Al-Sultan Abdullah dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimam dan dikhatibkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, baginda beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan berangkat ke majlis ramah mesra dan santapan raya bersama jemaah Kabinet di Istana Negara.

Sementara itu, Syaikh Ismail ketika menyampaikan khutbah selepas solat sunat Aidilfitri bertajuk ‘Aidilfitri Penyubur Fitrah Insani’, mengingatkan bahawa umat Islam wajar menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dalam suasana keimanan yang kukuh, selain mestilah dilakukan dalam kerangka syariat Islam.

Beliau berkata, kegembiraan itu mesti dizahirkan dengan membesarkan Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih yang menjadi lambang perubahan diri untuk terus istiqamah melakukan kebaikan serta menjauhi kemungkaran.

“Bagi mereka yang benar-benar berjaya menjadikan Ramadan sebagai medan didikan kerohanian, maka sudah tentu ia akan dapat mengecap perubahan hidup daripada kurang baik kepada yang lebih baik.

Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin

Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar khutbah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin

“Perubahan ini dicapai melalui amalan bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu sehingga sifat keji yang bersarang di dalam hati dapat dibuang dan diganti dengan sifat murni di dalam jiwa,” katanya.

Oleh itu, Syaikh Ismail menyeru seluruh umat Islam menjalinkan semangat perpaduan dengan menghubungkan silaturahim melalui amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi bagi merapatkan ukhuwah.

“Malah, tidak salah untuk menjemput golongan bukan Islam hadir ke rumah kita, lebih-lebih lagi apabila menganjurkan rumah terbuka.

“Sikap saling menyayangi, menjaga, memahami, memberi, berkongsi dan memaafi hendaklah ditonjolkan kepada mereka, sekali gus dapat mewujudkan suasana keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita,” katanya.

Umat Islam juga perlu beringat bahawa di samping kegembiraan menyambut Aidilfitri, ada saudara-mara seagama menyambutnya dalam keadaan sukar, bersendirian dan daif, termasuk dialami saudara Islam di negara yang bergolak.

“Walaupun kita dianjurkan untuk memeriahkan suasana Hari Raya dengan menghiasi rumah, menyediakan juadah, berpakaian indah serta memakai wangi-wangian, namun semua itu mestilah dilakukan secara sederhana dan tidak membazir serta terhindar daripada perasaan riak dan sombong, terutama ketika menganjurkan rumah terbuka.

“Demikian juga wajib kita memelihara adab berpakaian dan pergaulan supaya tidak melanggar batas syariat,” katanya.

Khutbah itu turut mengingatkan jemaah agar mendidik anak dengan adab sopan agar mereka tidak mensia-siakan perayaan Aidilfitri ini dengan perkara melalaikan dan merosakkan nilai silaturahim yang terjalin sebelum ini. - BERNAMA

Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin
Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin
Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin
Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama para jemaah di Masjid Negara. - Foto Eizairi Shamsudin
Berita Harian X