Ahad, 9 Jun 2019 | 9:13pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengadakan perjumpaan hari raya Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor petang esok petang. - NSTP/FB Sultan Johor

Sultan Johor berkenan jumpa Ketua Bahagian BERSATU Johor esok

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengadakan perjumpaan hari raya Aidilfitri bersama Ketua-Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor petang esok petang.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata pertemuan berkenaan akan diadakan jam 4 petang esok di Istana Pasir Pelangi, dekat sini.

“Sesungguhnya patik menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Tuanku Sultan Johor mengadakan perjumpaan Aidilfitri ini bersama BERSATU Johor.

“Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan silaturahim dalam keberkatan Syawal yang mulia, ” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berita Harian X