Isnin, 10 Jun 2019 | 6:47pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan beramah mesra dengan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor diketuai Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sharuddin Jamal sempena Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - NSTP/Royal Press Johor

Sultan Johor rai pemimpin BERSATU

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima kunjungan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Menerusi laman Facebook rasmi baginda, kunjungan sempena Aidilfitri itu diketuai Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Kunjungan itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bergambar dengan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor. - NSTP/Royal Press Johor

Turut hadir bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Ketua Armada Johor, Norul Haszarul Abu Samah dengan tetamu diraikan dalam satu majlis santapan minum petang.

Bagaimanapun, Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang tidak kelihatan pada kunjungan berkenaan.

Mazlan yang juga Ketua Bahagian Tebrau ketika dihubungi berkata, beliau tidak dapat hadir pada majlis itu.

“Saya mempunyai urusan temu janji kerja yang tidak dapat dibatalkan,” katanya.

Mazlan dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Johor yang baharu berkuat kuasa 25 Mei lalu, menggantikan Osman yang meletak jawatan pada April.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X