Sabtu, 15 Jun 2019 | 12:08pm
Pengarah Bahagian Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Azizan Abu Taat, meninjau persiapan bagi memindahkan Orang Asli Suku Batek, di pusat pemindahan sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani. - Foto Fathil Asri

Suku Batek ditempatkan di pusat pemindahan sementara

GUA MUSANG: Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, di sini yang dijadikan pusat pemindahan sementara Orang Asli suku Batek disediakan kemudahan lengkap, termasuk bilik rawatan.

Pengarah Bahagian Perlaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Azizan Abu Taat, berkata pusat pemindahan sementara itu sudah bersedia bila-bila masa untuk menerima kumpulan pertama Orang Asli yang selesai menerima rawatan di hospital.

Katanya, pasukan perubatan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan bagi membuat pemantauan.

“Kita menjangka lebih 80 Orang Asli akan ditempatkan di sini dan berdasarkan lawatan saya, segala kemudahan sudah lengkap disediakan dan pemindahan mereka akan dilakukan dalam masa terdekat bergantung kepada pihak hospital.

Sebahagian Orang Asli Suku Batek, Kuala Koh menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan akan di pindahkan ke pusat pemindahan sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, bagi membuat pemantauan sebelum dibenarkan pulang ke Kampung mereka di Kuala Koh. - Foto Fathil Asri

“Saya menjangka tiada masalah berbangkit sepanjang pusat pemindahan sementara ini dibuka dan pusat PLKN di sini mampu menempatkan 400 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kemudahan di pusat pemindahan sementara di Kem PLKN Etnobotani, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengumumkan Kem PLKN Etnobotani akan disediakan sebagai pusat pemindahan sementara buat penduduk Orang Asli suku Batek yang sudah selesai mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, lebih 50 Orang Asli akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara berkenaan.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, mereka akan berada di situ sehingga pihak berkuasa memaklumkan perkampuangan mereka di Kuala Koh selamat untuk didiami.

“Kita juga mempunyai pasukan kaunseling untuk menasihatkan Orang Asli berkenaan supaya tinggal di sini buat sementara waktu, memandangkan tidak semua daripada mereka bersedia untuk berpindah.

“JKM juga akan menyediakan makan minum kepada semua Orang Asli berkenaan,” katanya.

Berita Harian X