Khamis, 20 Jun 2019 | 5:57pm
Pencemaran Gas Kimia di Pasir Gudang. Sekolah Taman Mawar antara yang terawal tejejas. - Foto Facebook Shahfudin Sudin

Murid Sekolah Agama Taman Mawar Pasir Gudang menerima rawatan selepas mengalami sesak nafas dan sakit kepala dipercayai terhidu bau gas bocor. - Foto Zain Ahmed

Pasukan keselamatan termasuk bomba pegawai serta pegawai perubatan berada di Sekolah Agama Taman Mawar Pasir Gudang selepas menerima laporan murid sekolah mengalami sesak nafas dan sakit kepala dipercayai terhidu bau gas bocor. - Foto Zain Ahmed

15 murid sesak nafas, muntah dipercayai akibat pencemaran udara

PASIR GUDANG: Seramai 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di sini, kira-kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu, mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital petang ini, dipercayai akibat pencemaran udara.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang dan sebuah jentera dengan tiga anggota dihantar ke lokasi kejadian sebagai tindak balas pertama.

"Pemeriksaan awal mendapati berlaku pencemaran udara dengan 15 murid mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

"Lima murid dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan HAZMAT dan pasukan dari BBP Johor Bahru kemudian tiba ke lokasi untuk memberi bantuan.

Pencemaran Gas Kimia di Pasir Gudang. Sekolah Taman Mawar antara yang terawal tejejas. - Foto Facebook Shahfudin Sudin
Pencemaran Gas Kimia di Pasir Gudang. Sekolah Taman Mawar antara yang terawal tejejas. - Foto Facebook Shahfudin Sudin

Murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 mengalami sesak nafas dan sakit kepala dipercayai terhidu bau gas bocor di sekitar Pasir Gudang. - Foto Zain Ahmed

"Antara langkah awal yang sedang dilakukan adalah menyediakan tempat untuk nyahcemar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sungai Kim Kim yang dicemari toksik pada 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga 111 sekolah di Pasir Gudang, dekat sini, diarahkan ditutup sementara.

Sebanyak 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai berkenaan juga terpaksa dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.

Berita Harian X