Rabu, 26 Jun 2019 | 6:17pm
PENGARAH Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor (tengah, berbaju biru); Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (empat kanan) dan Pengarang Kumpulan NST, Rashid Yusof (kanan) bergambar bersama barisan artis yang hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Editorial NSTP 2019 di Balai Berita, Jalan Riong. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
SEBAHAGIAN kakitangan NSTP hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Editorial NSTP di Balai Berita, Jalan Riong. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
SEBAHAGIAN kakitangan NSTP hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Editorial NSTP di Balai Berita, Jalan Riong. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Sambutan Hari Raya Editorial NSTP meriah

KUALA LUMPUR: Lebih 500 warga kerja The New Straits Times Press (NSTP) memeriahkan Sambutan Hari Raya Editorial NSTP di Balai Berita, Bangsar, di sini hari ini.

Bermula jam 3 petang tadi, penganjuran majlis itu yang menggabungkan Jabatan Editorial Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST) turut diserikan dengan kehadiran beberapa artis popular tanah air, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu raya popularnya, Nazam Lebaran, sebagai menghargai sumbangan petugas editorial NSTP yang banyak membantu perkembangan karier seninya.

PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Editorial NSTP di Balai Berita, Jalan Riong. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Turut memeriahkan sambutan ialah Khai Bahar, Hael Husaini, Siti Nordiana, Fathia Latiff, Siti Sarah Raisuddin, Aiman Tino, Rita Rudaini, Forteen, Lan Solo, Ayu Damit, Muna Shahira dan Darling.

Selebriti dan tetamu turut dihidangkan pelbagai hidangan termasuk Soto Ayam, Nasi Minyak, Laksa Sarawak dan juadah tradisi lain.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor; Ketua Pegawai Operasi NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengarang Kumpulan NST, Rashid Yusof dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein.

Berita Harian X