Isnin, 8 Julai 2019 | 10:16pm
Galeri Prima memberi penghormatan kepada kepada pelukis ‘pop art’ terkenal, Allahyarham Jeri Azhari, dengan mempamerkan 66 karya lukisannya.

Pameran 'pop art' Jeri Azhari di Galeri Prima

KUALA LUMPUR: Galeri Prima memberi penghormatan kepada kepada pelukis ‘pop art’ terkenal, Allahyarham Jeri Azhari, dengan mempamerkan 66 karya lukisannya.

Pameran ‘A tribute to Jeri Azhari’ yang bermula 8 Julai hingga 26 Julai ini adalah sebagai memperingati 13 tahun pemergian Allahyarham.

Pada pameran itu, 65 karya terulung Jeri Azhari dibawa khas daripada balu Allahyarham untuk dipamerkan manakala sebuah lagi lukisan potret adalah koleksi tokoh perniagaan, Tan Sri Azman Hashim.

Penghormatan untuk mengadakan pameran Jeri Azhari di Galeri Prima turut dianggap penghargaan memandangkan Allahyarham pernah berkhidmat sebagai artis grafik di The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar selama 10 tahun.

Majlis perasmian hari ini turut diserikan dengan kehadiran Azman sebagai tetamu kehormat, selain turut dihadiri peminat lukisan ‘pop art’, pelancong serta pelajar.

Ahmad Azhari Mohd Nor yang digelar Bapa Pop Art Malaysia itu meninggal dunia pada 19 Julai 2006 dengan meninggalkan karya seni pop.

Allahyarham mengikuti pengajian seni lukis dan seni reka di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dari 1973 hingga 1974 dan pernah berkhidmat sebagai artis grafik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1975-1977) sebelum berkhidmat sebagai artis grafik di NSTP.

Berita Harian X