Sabtu, 20 Julai 2019 | 3:04pm
Orang ramai mengambil air yang disediakan oleh lori Air Selangor berikutan masalah gangguan air di Selangor dan Lembah Klang. - NSTP/Syarafiq Abd Samad

Proses pemulihan bekalan air capai 59 peratus setakat jam 12 tengah hari

SHAH ALAM: Proses pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas di Selangor susulan gangguan bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor dan LRA Rantau Panjang mencapai tahap pemulihan keseluruhan 59 peratus sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Kawasan terbabit ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas susulan pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Selangor dan Rantau Panjang.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, berkata jumlah kawasan pulih sepenuhnya bagi wilayah Kuala Lumpur adalah 41.1 peratus, manakala wilayah Petaling adalah 55.2 peratus.

“Bagi wilayah Klang/Shah Alam pula, bekalan air sudah pulih 50.8 peratus manakala bekalan air sudah pulih 96.1 peratus di Wilayah Kuala Selangor.

“Bekalan air di wilayah Hulu Selangor pula sudah pulih 100 peratus, manakala 90.5 peratus di wilayah Gombak.

Namun, semua 9,571 pemegang akaun di Kuala Langat masih belum menerima bekalan air sehingga jam 12 tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Raof berkata, segala usaha diambil serta meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan kawasan terjejas.

“Bantuan melalui lori tangki air masih terus digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih terus beroperasi bagi menyalurkan bantuan hingga bekalan pulih sepenuhnya.

“Memandangkan skala kawasan terjejas adalah besar, pihak kami turut mengaktifkan PKS dan pili awam di beberapa lokasi. Selain itu, edaran sebanyak 18,000 air botol lima liter kepada pelanggan di kediaman bertingkat akan dilaksanakan.

“Orang ramai boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Berita Harian X