Sabtu, 27 Julai 2019 | 10:35am
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima wang syiling kenang-kenangan daripada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (tiga, kanan) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Istana Negara. - Foto BERNAMA

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima syiling khas

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam berkenan menerima persembahan syiling khas daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Syiling khas dikeluarkan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai itu, dipersembahkan oleh Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus di Istana Negara.


SYILING khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. - Foto BERNAMA

Pengarah Jabatan Operasi Mata Wang BNM, Azman Mat Ali, tiga jenis syiling khas, iaitu emas, perak dan emas nodik, setiap satu diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong pada hadapan syiling dan lambang jata negara di belakangnya, dipersembahkan kepada Seri Paduka.

“Syiling ini diukir dengan teliti oleh pereka khas yang berkemahiran dan dikeluarkan oleh kilang wang BNM sendiri,“ katanya sambil menambah, hanya 300 keping syiling emas akan dikeluarkan, perak (1,500 keping) dan emas nodik (15,000 keping).

Tempahan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos. - BERNAMA

Berita Harian X