Selasa, 30 Julai 2019 | 9:38am
Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan disambut Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA hari ini bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Foto BERNAMA

Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk hadiri Istiadat Pertabalan YDPA

SEPANG: Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, selamat tiba di sini pagi ini, bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 8.46 pagi, disambut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Baginda antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi menghadiri istiadat pertabalan itu selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sudah tiba semalam.

Sheikh Mohamed Zayed juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya, petang ini, sebelum berangkat pulang malam ini. - BERNAMA

Berita Harian X