Rabu, 31 Julai 2019 | 1:47pm
Polident membantu meningkatkan keselesaan dan keyakinan pemakai gigi palsu.
Polident membantu meningkatkan keselesaan dan keyakinan pemakai gigi palsu.

Kenal pasti kaedah terbaik penjagaan gigi palsu

KUALA LUMPUR: Keperluan menjaga kebersihan gigi supaya kekal sihat dan dapat bertahan lama, penting dalam kehidupan kerana gigi diperlukan untuk mengunyah makanan, bercakap dan senyum.

Bagi pemakai gigi palsu, satu daripada cabaran dihadapi adalah apabila gigi palsu mereka longgar, sekali gus memberi kesukaran untuk mereka menggigit makanan dan tidak selesa apabila bercakap atau ketawa.

Untuk mengelak daripada malu, pemakai gigi palsu biasanya akan berjaga-jaga dan berhati-hati kerana bimbang gigi mereka jatuh dengan tiba-tiba.

Bagi Norsidah Kassim yang mula memakai gigi palsu ketika berusia 35 tahun, berkata selepas sekian lama memakai gigi palsu, ia mulai longgar.

“Saya perlu menutup mulut apabila bercakap kerana bimbang gigi palsu jatuh,” katanya.

Berikutan masalah itu, mereka yang memakai gigi palsu mengelak daripada makan makanan melekat dan keras seperti pulut atau kacang.

Pengguna Polident, Norsidah Kassim.
Pengguna Polident, Norsidah Kassim.

Bagaimanapun, tidak semua pemakai gigi palsu menyedari terdapat produk yang boleh membantu gigi palsu kekal di dalam mulut dan hanya 17 peratus daripada pemakai gigi palsu di Malaysia memakai pelekat gigi palsu.

Cabaran lain yang dihadapi pemakai gigi palsu adalah makanan terlekat antara celah gigi palsu dan gusi.

Gigi palsu yang tidak dicuci dengan betul akan menyebabkan nafas berbau dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan mulut.

Menurut kajian GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), satu daripada salah faham dalam kalangan pemakai gigi palsu adalah mereka boleh mencuci gigi palsu menggunakan berus gigi dan ubat gigi seperti gigi biasa atau rendam dalam air suam semalaman.

Bagaimanapun, mereka perlu berhati-hati, gigi palsu tidak boleh ditembusi, malah ia 10 kali lebih lembut berbanding gigi biasa. Justeru, memberus menggunakan berus gigi dan ubat gigi akan menyebabkan kerosakan gigi palsu dan boleh terjadi kewujudan bakteria, plak dan tartar.

Bagi mengatasi masalah ini, Polident mengeluarkan pelbagai rangkaian pelekat gigi palsu dan ia diformulasi untuk meningkatkan kadar keselesaan dengan pengikat gigi palsu yang kuat serta boleh dipakai sehingga 12 jam.

Pembersih gigi palsu Polident yang kurang kasar diformulasikan untuk mengekalkan kebersihan gigi palsu, segar dan mengekalkan kebersihan sepanjang hari serta mempu membunuh 99 peratus bakteria daripada udara tercemar.

Berita Harian X