Jumaat, 9 Ogos 2019 | 1:48am
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bergambar bersama kakitangan Berita Harian ketika melawat ke Balai Berita sempena majlis perasmian pameran Pameran Seni SEGERAK VIII - UTOPIA karya Yusof Ghani di Galeri Prima. Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (dua, kanan) dan Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat, kiri). NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sultan Nazrin, Tuanku Zara lawat Jabatan Pengarang BH

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan melawat dan meninjau operasi Jabatan Pengarang Berita Harian (BH) di Balai Berita, Bangsar, di sini, malam tadi.

Ketibaan baginda berdua pada kira-kira jam 10.15 malam, disambut warga kerja BH.

Baginda berdua kemudian diberikan penerangan operasi pembikinan akhbar untuk cetakan hari ini yang disampaikan oleh Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

Pada lawatan itu, baginda turut meninjau operasi Jabatan Pengarang dua lagi akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu New Straits Times (NST) dan Harian Metro (HM).

SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan melawat bilik berita NSTP selepas baginda merasmikan Pameran Segerak VIII - Utopia anjuran Galeri Prima di NSTP Bangsar. Turut sama, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (tiga,kanan), Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Janor (dua,kiri), Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar (kiri), Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Syed Junid (dua,kanan) dan Pengarang Eksekutif Komersial & Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan sekali). NSTP/Aswadi Alias

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan melawat bilik berita NSTP selepas baginda merasmikan Pameran Segerak VIII - Utopia anjuran Galeri Prima di NSTP Bangsar. NSTP/Aswadi Alias

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan melawat ke Balai Berita sempena majlis perasmian pameran Pameran Seni SEGERAK VIII - UTOPIA karya Yusof Ghani di Galeri Prima. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Yang turut mengiringi, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial MPB, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan NST, Rashid Yusof dan Pengarang Kumpulan HM, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan bergambar bersama warga kerja NSTP.

Terdahulu, baginda berkenan melancarkan pameran lukisan hasil karya pelukis Yusof Ghani, di Galeri Prima, NSTP.

Berita Harian X