Isnin, 19 Ogos 2019 | 9:57am
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi atas perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto AFP

Perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan kepada Isnin depan

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan kepada Isnin depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, menetapkan 26 Ogos ini selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB bagi memberi laluan untuk kes SRC International Sdn Bhd diselesaikan terlebih dahulu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, turut memberitahu mahkamah, pihaknya sudah menyerahkan pernyataan saksi kepada pembelaan Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, pagi ini pihak kami akan menyerahkan 15 lagi dokumen tambahan kepada pembelaan,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Khamis ini untuk pengurusan kes.

Berita Harian X