Khamis, 22 Ogos 2019 | 4:41pm

Gangguan sistem KLIA jejas transaksi kad kredit

KUALA LUMPUR: Gangguan sementara sistem di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjejaskan transaksi kad kredit di premis runcit serta makanan dan minuman (F&B), kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Operator lapangan terbang itu bagaimanapun berkata terminal KLIA2 tidak terjejas.

“Kami menggesa penumpang menggunakan tunai. Cari ATM atau Bureau De Change jika anda mahu menggunakan mata wang tempatan, ringgit,” katanya dalam catatan di Twitter.

MAHB sebelum itu mengumumkan 20 penerbangan terlewat disebabkan gangguan sistem KLIA, termasuk yang menuju ke Narita, Perth, Sydney, Melbourne, Jakarta, London, dan Hong Kong.

Gangguan itu yang bermula malam tadi menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, pemeriksaan masuk di kaunter dan Sistem Pengendalian Bagasi. – BERNAMA

Berita Harian X