Sabtu, 24 Ogos 2019 | 7:56pm
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menaiki pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan MRT untuk ke bersiar-siar di sekitar ibu negera sebelum tiba di Kajang untuk menikmati sate.

Raja Muda Perlis guna pengangkutan awam bersiar di sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil mencemar duli berangkat menaiki pengangkutan awam untuk melawat lokasi menarik di sekitar ibu negara.

Baginda berdua disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato Mohamed Hazlan Mohamed Hussain sejurus tiba di stesen Monorel Bukit Bintang pada jam 8.30 pagi .

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menaiki perkhidmatan awam seperti monorel, LRT dan MRT untuk ke bersiar-siar di sekitar ibu negera sebelum tiba di Kajang untuk menikmati sate.

Menerusi kenyataan Prasarana Malaysia Berhad, rombongan baginda ke stesen Integrasi Hang Tuah seterusnya ke stesen Masjid Jamek dengan menggunakan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang.

“Perjalanan kemudiannya diteruskan dengan menaiki LRT laluan Kelana Jaya dari stesen Masjid Jamek menuju ke stesen LRT Pasar Seni lalu menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) ke stesen Stadium Kajang,” menurut kenyataan itu.

Baginda berdua berserta rombongan kemudian menikmati hidangan sate di premis Hj Samuri yang terletak bersebelahan stesen MRT Stadium Kajang sebelum berangkat pulang ke Bukit Bintang dengan menggunakan perkhidmatan MRT.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menaiki pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan MRT untuk ke bersiar-siar di sekitar ibu negera sebelum tiba di Kajang untuk menikmati sate.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menaiki pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan MRT untuk ke bersiar-siar di sekitar ibu negera sebelum tiba di Kajang untuk menikmati sate.

Berita Harian X