Rabu, 11 September 2019 | 6:15pm
ORANG ramai dinasihatkan memakai topeng muka dan mengurangkan aktiviti luar berikutan ruang udara di Putrajaya pada tahap tidak sihat akibat jerebu. - Foto BERNAMA

Tahap jerebu di beberapa kawasan kekal

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di negara yang terjejas teruk akibat jerebu, kekal pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Putrajaya merekodkan bacaan 159; Shah Alam (148), Klang (141), Johan Setia (192) di Selangor; Seremban (135), Negeri Sembilan; Alor Gajah (102), Melaka; Tangkak (128), Johor dan Kuching (123), Sarawak.


PEMANDANGAN kabur akibat jerebu melanda pada jam 4 petang di Pusat Bandaraya Melaka. NSTP/Rasul Azli Samad


KEADAAN jerebu di sekitar Bandar Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 2 petang adalah 183 iaitu paras tidak sihat. NSTP/Faiz Anuar

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat keadaan jerebu yang sedang melanda ketika ini.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Berita Harian X