Sabtu, 14 September 2019 | 7:15pm
Penumpang beratur di balai perlepasan berikutan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh beroperasi seperti biasa. - NSTP/Abdullah Yusof
Penumpang beratur di balai perlepasan berikutan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh beroperasi seperti biasa. - NSTP/Abdullah Yusof

LTSAS kembali beroperasi

IPOH: Operasi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang dihentikan semalam kerana jerebu dan jarak penglihatan terhad kembali beroperasi seperti biasa hari ini.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, semua penerbangan berjalan lancar dan tiada penumpang yang terkandas setakat ini.

“Operasi lapangan terbang hari ini kembali pulih dan semua penerbangan yang sudah dijadualkan berjalan seperti biasa.

“Penerbangan yang dijadualkan semula semalam membabitkan pesawat Scoot Airlines dan Air Asia juga lancar ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Sebanyak lapan penerbangan membabitkan pesawat Airbus 320 bagi Scoot Airlines dan Air Asia yang dijadualkan pada hari ini.

Tinjauan di lapangan terbang berkenaan hari ini mendapati tiada penumpang yang terkandas dan pesawat dapat berlepas dan mendarat seperti biasa.

Berita Harian X