Sabtu, 21 September 2019 | 8:41pm
Seorang pekerja buruh binaan Robin Hossen, 24, menggunakan penutup hidung dan mulut ketika bertugas berikutan keadaan berjerebu di sekitar pusat bandaraya hari ini. IPU yang dipaparkan di laman sesawang apims.doe.gov.my menunjukkan bacaan 159 iaitu tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 6 petang tadi. - Foto BERNAMA
Pemandangan di Putrajaya yang berjerebu. IPU mencatatkan bacaan 132 iaitu tahap tidak sihat pada jam 7 petang. - NSTP/Surianie Mohd Hanif
Pemandangan di Putrajaya yang berjerebu. IPU mencatatkan bacaan 132 iaitu tahap tidak sihat pada jam 7 petang. - NSTP/Surianie Mohd Hanif
Walaupun jerebu teruk yang melanda seluruh negara sejak beberapa hari lalu mula menunjukkan keadaan yang semakin positif berdasarkan bacaan IPU, masih ada beberapa kawasan yang berada pada tahap tidak sihat. - NSTP/Mustaffa Kamal
Sekumpulan lelaki dilihat sedang melakukan aktiviti memancing dalam keadaan berjerebu ketika tinjauan di sekitar pesisiran Pantai Cahaya Port Dickson. - Foto BERNAMA

19 kawasan masih dalam kategori tidak sihat

KUALA LUMPUR: Walaupun jerebu teruk yang melanda seluruh negara sejak beberapa hari lalu mula menunjukkan keadaan yang semakin positif berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), masih ada beberapa kawasan yang berada pada tahap tidak sihat.

Setakat jam 7 malam tadi, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan 19 kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, di mana Batu Muda di Kuala Lumpur mencatatkan bacaan paling tinggi iaitu 161.

Satu lagi kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras mencatatkan bacaan 150 manakala empat kawasan di Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat ialah Sri Aman (104); Kuching (156); Samarahan (136); dan Sarikei (109).

Enam kawasan di Selangor merekodkan bacaan IPU lebih daripada 101 iaitu Johan Setia, Klang (157), Petaling Jaya (144), Shah Alam (131), Banting (114), Klang (118) dan Kuala Selangor (106) serta dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Nilai (139) dan Seremban (128).

Putrajaya dan Segamat serta Tangkak di Johor, masing-masing mencatatkan bacaan IPU 137, 130 dan 102.

Selain itu, turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Temerloh dan Jerantut di Pahang iaitu masing-masing mencatatkan bacaan IPU 102 dan 112. - BERNAMA

Berita Harian X