Isnin, 23 September 2019 | 8:35am
EMPAT penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) membabitkan 480 penumpang dibatalkan pagi ini, berikutan jerebu yang belum pulih. - Foto Abdullah Yusof
EMPAT penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) membabitkan 480 penumpang dibatalkan pagi ini, berikutan jerebu yang belum pulih. - Foto Abdullah Yusof

Empat penerbangan batal di LTSAS kerana jerebu

IPOH: Empat penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) membabitkan 480 penumpang dibatalkan pagi ini, berikutan jerebu yang belum pulih.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman, berkata semua penerbangan pergi dan balik itu membabitkan pesawat Air Asia.

“Jarak penglihatan di lapangan terbang pagi ini masih mencatat bacaan rendah iaitu 3,000 meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), semua empat stesen di negeri ini mencatat aliran Indeks Pencemaran Udara (IPU) menaik dan tidak sihat.

IPU di Seri Manjung mencatat bacaan tertinggi iaitu 173, diikuti Tasek 156, Pegoh (133) dan Taiping (111) manakala Tanjung Malim mencatat IPU sederhana iaitu 75.

Berita Harian X