Ahad, 29 September 2019 | 6:05pm
Jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra diarak menggunakan pedati khas dari Istana Balai Besar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Langgar, semalam. - NSTP/Zaman Huri Isa

Sultan Kedah ziarah makam Almarhum Sultan Ismail Petra

KOTA BHARU: Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menziarahi makam Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mangkat semalam.

Baginda yang tiba di Makam Diraja Langgar pada jam 2.30 petang ditemani Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Baginda diiringi Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Almarhum Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 8.11 pagi semalam.

Seluruh rakyat Kelantan kini berkabung selama 40 hari. – BERNAMA

Berita Harian X