Jumaat, 11 Oktober 2019 | 6:28pm
Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi meneruskan program Skim Bantuan Sara Hidup. - Foto hiasan
Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi meneruskan program Skim Bantuan Sara Hidup. - Foto hiasan

RM5b teruskan BSH

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi meneruskan program Skim Bantuan Sara Hidup (BSH), bertujuan membantu ekonomi rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos kehidupan.

Pemberian BSH tahun depan turut diperluaskan meliputi 1.1 juta individu bujang berusia melebihi 40 tahun berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Sebagai tambahan, Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan turut layak menerima bayaran BSH.

Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima RM300, di samping automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

BSH diperkenal pada Belanjawan 2019 bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksana era pentadbiran kerajaan Barisan Naisonal (BN).

Menerusi BSH, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima RM1,000.

Pada belanjawan lalu, bantuan tambahan diperkenalkan iaitu bagi golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun yang menerima RM120 tetapi terhad kepada empat anak.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X