Sabtu, 12 Oktober 2019 | 10:35pm
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Santapan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76 di Istana Arau malam ini. - Foto BERNAMA

Tun M terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM

ARAU: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menerima Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) di Istana Arau, di sini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Dr Mahathir sebelum berlangsungnya majlis santapan negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-76.

Turut berangkat hadir, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat tiba pada Majlis Santapan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76 di Istana Arau malam ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri). Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Foto BERNAMA

Hadir sama, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima anugerah itu pada Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena sambutan ulang tahun ke-50 institusi berkenaan pada 23 September lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir pada upacara konvokesyen itu, sebaliknya mengirimkan ucapan menerusi rakaman video.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X