Ahad, 13 Oktober 2019 | 4:18pm
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di Istana Anak Bukit.

Azmin mengadap Sultan Kedah persembah dokumen WKB2030

ALOR SETAR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di pejabat Tuanku di sini, hari ini.

Memetik posting Mohamed Azmin dalam laman Twitternya, beliau berkata Sultan Kedah amat prihatin terhadap pembangunan negeri ini.

“Syukur di atas perbincangan yang konstruktif mengenai usaha kemajuan negeri dalam agenda Wawasan Kemakmuran Bersama. InshaAllah, kerjasama utuh Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri demi rakyat Kedah,” katanya.

Beliau turut mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi menyampaikan dokumen WKB2030 serta mengadakan perbincangan produktif berhubung usaha pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. - BERNAMA

Berita Harian X