Jumaat, 18 Oktober 2019 | 6:39pm
PENYOKONG bola sepak pasukan Kedah meneka kedudukan bola yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian di pekarangan Stadium Darul Aman. - Foto NSTP/Amran Hamid
PENGURUS Akaun, Pengedaran dan Pengeluaran NSTP Pulau Pinang, Wan Zarifah Wan Ibrahim (dua dari kanan) memberi minuman percuma kepada pembeli akhbar Berita Harian di pekarangan Stadium Darul Aman. - Foto NSTP/Amran Hamid
PENYOKONG bola sepak pasukan Kedah meneka kedudukan bola yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian di pekarangan Stadium Darul Aman. - Foto NSTP/Amran Hamid

Promosi Mana Bola? BH di Stadium Darul Aman meriah

ALOR SETAR: Ribuan penyokong skuad Lang Merah yang membanjiri Stadium Darul Aman di sini, hari ini untuk membeli tiket separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang, tidak melepaskan peluang menyertai promosi Peraduan Mana Bola? BH.

Mereka yang mula beratur kira-kira jam 7 pagi untuk mendapatkan tiket bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan malam esok, turut membeli akhbar BH dan menyertai permainan Mana Bola?.

Malah, ada penyokong Kedah yang membeli akhbar BH dan menyertai permainan itu seawal jam 7.30 pagi.

Bagi setiap pembelian akhbar BH, pembaca berpeluang menyertai permainan Mana Bola? dengan meneka kedudukan bola pada poster yang disediakan di gerai jualan.


KETUA Biro Berita Harian, Hifzuddin Ikhsan (kanan) menerangkan kandungan akhbar Berita Harian kepada salah seorang pembeli di pekarangan Stadium Darul Aman. - Foto NSTP/Amran Hamid

Menerusi pembelian sama, mereka menerima beg kitar semula semula eksklusif BH dan minuman teh o ais Yeo’s yang diberikan percuma.

Pengurus Akaun (Edaran dan Pengeluaran) The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Wan Zarifah Wan Ibrahim, berkata lebih 400 naskhah BH terjual sepanjang promosi hari ini yang berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pada promosi hari ini, pembeli akhbar BH berpeluang menyertai permainan Mana Bola? BH di pekarangan Stadium Darul Aman dan mereka yang meneka dengan tepat, memenangi cenderahati khas.

“Cuaca panas tidak menghalang promosi BH, malah ada peminat mula membeli akhbar dan menyertai permainan Mana Bola? seawal jam 7.30 pagi,” katanya.


PENYOKONG bola sepak pasukan Kedah meneka kedudukan bola yang dianjurkan oleh akhbar Berita Harian di perkarangan Stadium Darul Aman. - Foto NSTP/Amran Hamid

Promosi BH turut mendapat sokongan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Peraduan Mana Bola? BH yang bermula 30 September lalu, memberi peluang kepada pembaca bertuah memenangi wang tunai RM1,000 dan telefon pintar setiap minggu.

Menerusi peraduan itu, pembaca perlu mengumpul enam keratan gambar aksi perlawanan bola sepak yang disiarkan dalam akhbar BH dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu dan meneka kedudukan bola pada gambar berkenaan.

Pembaca perlu menggunakan borang yang disiarkan dalam akhbar BH Ahad untuk menghantar penyertaan dan pembaca yang meneka kedudukan bola paling tepat berpeluang memenangi hadiah mingguan.

Jika tiada pemenang pada minggu tertentu, hadiah akan dibawa ke minggu berikutnya sebagai hadiah terkumpul.

Berita Harian X