Jumaat, 18 Oktober 2019 | 8:11pm
KETUA Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus ketika melawat ke gerai pameran di majlis Penyampaian Sijil Penghargaan & Business Matching KUD sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019 di Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

[email protected]: Program padanan perniagaan rekod jualan RM12.3 juta

PUTRAJAYA: Nilai jualan berjumlah RM12.3 juta berjaya direkodkan pada hari pertama program padanan perniagaan semalam di Karnival Usahawan Desa ([email protected]) 2019 di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, berkata nilai itu membabitkan jualan bagi segmen e-seller berjumlah RM7.6 juta, pasar raya (RM3.2 juta) dan RM1.42 juta bagi vendor mesin.

“Saya lihat sambutan amat menggalakkan bagi sesi padanan perniagaan dengan hari pertama semalam merekodkan jualan sehingga RM12.3 juta.

“Melihat nilai ini, KPLB yakin sasaran unjuran antara RM18 juta hingga RM20 juta mampu dicapai menerusi sesi padanan perniagaan ini,” katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada 31 syarikat menyertai program padanan perniagaan sempena [email protected] di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 400 slot untuk sesi padanan perniagaan bagi pasar raya, manakala 800 slot untuk vendor mesin sepanjang program dua hari berakhir hari ini.

“Kita juga yakin sasaran untuk slot padanan perniagaan ini mencapai sasaran berdasarkan sesi pertemuan semalam yang memberangsangkan.

“Selain itu kehadiran pengunjung juga amat menggalakkan biarpun hujan pada waktu petang. Kami yakin lebih ramai akan mengunjungi [email protected] esok dan juga Ahad ini berikutan cuti hujung minggu,” katanya.

[email protected]) 2019 hasil inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang berlangsung selama lima hari hingga Isnin ini menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik kepada pengunjung.

Penganjuran kali ini membabitkan 1,000 pempamer menerusi segmen Pameran dan Jualan Produk Usahawan Desa termasuk kios Selebpreneur serta Usahawan Sosial; Pameran Inovasi dan Jualan Mesin; Pameran dan Jualan Laman Ternakan serta Laman Tani; kios makanan dan minuman (f&b) serta trak makanan dan program Keusahawanan KPLB.

Majlis pelancaran [email protected] 2019 akan dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun esok.

Berita Harian X