Sabtu, 19 Oktober 2019 | 6:12pm

Amaran ribut petir di seluruh negara malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di seluruh negara, hari ini.

Negeri yang terbabit sepenuhnya adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Turut dijangka menghadapi ribut petir adalah daerah Jeli, Tanah Merah Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Raub, Bentong, Temerloh dan Maran di Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk kebanyakan daerah di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran yang dikeluarkan pada jam 3.45 petang tadi menerusi laman Twitter rasmi MetMalaysia itu memaklumkan ribut petir dijangka berlaku sehingga jam 8 malam ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan ramalan cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial MetMalaysia dan Hotline MetMalaysia.

Berita Harian X