Rabu, 30 Oktober 2019 | 11:49am

Sektor korporat berperanan cipta nilai, kekayaan

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu memberi tumpuan mewujudkan institusi yang kukuh, selain dasar yang menyokong pertumbuhan untuk memacu sektor swasta.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bagi membina masa depan yang mapan dan inklusif, GLIC dan GLC perlu menilai semula penyertaan mereka dalam sektor korporat negara dan mengiktiraf sinergi dengan sektor swasta, terutama ke arah memperkasakan usahawan.

Beliau berkata, pengembangan sektor swasta adalah enjin dalam memacu pertumbuhan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus membolehkan usahawan meningkatkan aktiviti perniagaan dan membawa masuk pelaburan langsung asing bagi mempercepat pertumbuhan domestik.

“Sektor korporat perlu memainkan peranan lebih besar dalam mencipta nilai dan kekayaan dengan sebahagian proses ini adalah kunci kepada produktiviti dan pembangunan bakat.

“Penggunaan teknologi juga perlu diperluaskan, manakala sektor swasta dan GLC perlu menyokong sistem pendidikan sedia ada selain memperkasakan usahawan yang akan menyumbang kepada sektor swasta yang dinamik.

“Usaha ini akan menyumbang kepada pertumbuhan lebih inklusif dengan kenaikan pendapatan dan peningkatan kualiti hidup lebih baik, termasuk kumpulan berpendapatan rendah,” katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, ketika ini terdapat ketidakseimbangan dalam penyertaan sektor awam dan swasta dalam bidang korporat hari ini, yang mana jika dibiarkan, akan menjejaskan masa depan negara. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Dr Mahathir hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Dr Mahathir bersama Dr Zeti hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir bersama Dr Zeti hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.

Dr Mahathir berkata, ketika ini terdapat ketidakseimbangan dalam penyertaan sektor awam dan swasta dalam bidang korporat hari ini, yang mana jika dibiarkan, akan menjejaskan masa depan negara.

“Kita tidak boleh berpegang kepada status quo sekarang. Apa yang akan menjadi instrumen penting bagi pertumbuhan negara adalah sektor korporat memainkan peranan sebagai ‘pengubah’ pasaran,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, Malaysia tidak mampu bersaing dalam ekonomi global, jika negara tidak bergerak ke hadapan di era ini, dengan kecanggihan teknologi dan peningkatan globalisasi.

“Ia juga selari dengan penekanan yang ketara terhadap Industri 4.0 dan digitalisasi.

“Sektor swasta perlu menyesuaikan diri dengan landskap yang berkembang ini dan berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi pelbagai ketidaktentuan yang sedang berlaku.

“Justeru, GLC harus ditadbir secara profesional dan tidak boleh mengganggu perniagaan sektor swasta. Landskap yang kompetitif akan memastikan persaingan sihat dan hasil yang lebih cekap,” katanya.

Bertemakan ‘Rebooting Corporate Malaysia’, persidangan anjuran PNB Research Institute itu bertujuan mempelopori usaha transformasi bagi sektor korporat Malaysia dengan dihadiri lebih 500 peserta pelbagai sektor.

Dr Mahathir menyampaikan ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir menyampaikan ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir berkata, GLC harus ditadbir secara profesional dan tidak boleh mengganggu perniagaan sektor swasta. Landskap yang kompetitif akan memastikan persaingan sihat dan hasil yang lebih cekap. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Dr Mahathir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir bersama Dr Zeti hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Dr Mahathir bersama Dr Zeti hadir pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Berita Harian X