X
Rabu, 30 Oktober 2019 | 1:51pm
Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Age-Friendly City@Taiping, di Taiping, hari ini. - NSTP/Abdullah Yusof
Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Age-Friendly [email protected], di Taiping, hari ini. - NSTP/Abdullah Yusof

Taiping dipilih sebagai bandar mesra usia

TAIPING: Taiping dipilih sebagai bandar pertama bagi menjayakan projek rintis mewujudkan bandar mesra usia dengan peruntukan dana sebanyak RM1.1 juta bagi pembangunan fasa pertama dari Tabung Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Taiping dipilih kerana Perak dijangka menjadi negeri ‘tertua’ di Malaysia pada tahun 2020 apabila jumlah warga emas mencapai 385,000 orang atau 14.9 peratus daripada jumlah penduduk yang diunjurkan 2.6 juta.

Beliau berkata, melihat kepada jangkaan senario kependudukan negara bagi tahun akan datang, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan UNDP telah merangka projek rintis ke arah mewujudkan Age-Friendly City,atau bandar mesra usia di Taiping.

“Buat masa ini, kita menerima suntikan dana daripada UNDP untuk memulakan kajian menyeluruh terhadap status semasa Taiping sebagai bandar mesra usia

DR Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berucap pada lawatan beliau ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rimba Terjun sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. - Foto BERNAMA
DR Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berucap pada lawatan beliau ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rimba Terjun sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. - Foto BERNAMA

“Hasil daripada kajian ini akan digunakan untuk mendapatkan syor, tindakan syor dan membangunkan pelan yang disesuaikan mengikut keperluan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Age-Friendly [email protected], di sini hari ini.

Yang hadir sama, Wakil Timbalan Residen UNDP, Neils Knudsen.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata Kerangka Menyeluruh Kebangsaan juga akan dibangunkan untuk diadaptasi di tempat lain.

Beliau berkata, bandar mesra usia adalah satu instrumen untuk menggabungkan peranan setiap individu dalam komuniti dan masyarakat setempat agar persekitaran yang didiami adalah bebas halangan dan selamat, dan yang paling penting adalah untuk mewujudkan sistem sokongan yang berkesan untuk semua pihak.

Katanya, diharapkan hasrat untuk mewujudkan bandar mesra usia di Taiping itu akan dapat direalisasikan dan lebih banyak suntikan dana akan diperoleh untuk meneruskan projek rintis berkenaan ke fasa seterusnya dengan pembangunan fasa pertama dijangka mengambil masa selama dua tahun.

Beliau berkata, kajian terhadap bandar mesra usia sudah bermula bulan lalu dengan kerjasama KPWKM dan UNDP di mana MyAgeing Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilantik sebagai perunding utama bagi melaksanakan kajian itu.

Katanya, selain daripada projek rintis di Taiping, KPWKM merancang dan melaksanakan pelbagai program dalam usaha memastikan kesejahteraan warga emas, keluarga serta komuniti terpelihara, terutama dalam persediaan menuju negara tuapada 2030.

“KPWKM turut mengadakan kolaborasi strategik melalui platform Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara yang turut dianggotai oleh agensi kerajaan lain, wakil kerajaan negeri, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik untuk membincangkan perkara berkaitan pemerkasaan warga emas,” katanya.

Berita Harian X