Isnin, 11 November 2019 | 9:28am
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut penyokongnya ketika hadir bagi kes 1MDB dan keputusan kes SRC International di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disambut penyokongnya ketika hadir bagi kes 1MDB dan keputusan kes SRC International di Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

SRC: Keputusan sama ada Najib bela diri pagi ini

KUALA LUMPUR: Pandangan akan tertumpu kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang akan menyampaikan keputusan pagi ini sama ada Datuk Seri Najib Razak akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijangka mengumumkan keputusan itu kira-kira jam 10 pagi, dengan anggota media berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal 7 pagi.

Najib, bekas perdana menteri berusia 66 tahun, berdepan tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib. - BERNAMA

Berita Harian X