Khamis, 21 November 2019 | 8:15am
Jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM dan MIG-29 dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-27, hari ini. - Arkib NSTP/Danial Saad

Sukhoi SU-30MKM antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Persoalan berhubung aset pertahanan negara mengenai jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM dan MIG-29 dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-27, hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, pertanyaan itu dibangkitkan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang mahukan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan sama ada kerajaan sedia menerima tawaran Russia untuk mengambil balik aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia bermasalah itu, jika Malaysia bersedia membeli pesawat baharu buatan negara berkenaan.

Turut mencuri tumpuan soalan daripada Noorita Syuai (PH-Tenom) kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tentang status pensyarah institut pendidikan guru (IPG) jika institusi itu ditutup dan perancangan kementerian tentang perkara itu.

Selain itu, persoalan tentang kesediaan kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang-undang baharu bagi memastikan keselamatan terus terjamin yang diutarakan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai), juga dijangka mendapat perhatian yang mahukan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara itu.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 5 Disember. – BERNAMA

Berita Harian X