Jumaat, 29 November 2019 | 12:34am
PENGERUSI Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PENGERUSI Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

15 agenda reformasi pilihan raya diserahkan bulan depan

KUALA LUMPUR: Laporan interim 15 agenda reformasi berhubung penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya negara dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hujung bulan depan.

Antara kandungan laporan itu, cadangan pengumuman tarikh pilihan raya enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan memantapkan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak diperlekeh parti politik dan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata laporan itu pada peringkat akhir untuk disiapkan.

“Saya harap dapat menyerahkan laporan interim berkenaan kepada Perdana Menteri, hujung bulan depan,” katanya kepada media, di sini, malam ini.

Terdahulu Abdul Rashid menjadi ahli panel sesi perbincangan ‘Penambahbaikan Sistem Undang-Undang Pilihan Raya: Masa Depan Demokrasi Berparlimen di Malaysia anjuran Akademi Kepimpinan dan Pengurusan (AKP) serta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Turut menjadi panelis Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hanson; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara (JKRDN), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

Sebelum ini, ERC mengadakan sesi libat urus bagi mendapatkan pandangan orang ramai berhubung cadangan penamba ERC, yang ditubuhkan oleh kerajaan pada Ogos tahun lalu.

Berita Harian X