Jumaat, 29 November 2019 | 5:31pm

Harga runcit RON97, RON 95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 kekal RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit produk bahan bakar itu adalah bagi tempoh 30 November hingga 6 Disember ini.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing adalah RM2.36 dan RM2.29 seliter.

“Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lalu.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 30 November sehingga 6 Disember 2019 adalah RM115.70 juta.,” katanya.

Berita Harian X