Ahad, 1 Disember 2019 | 9:06pm
Pegawai Operasi JBPM Rantau Panjang, Zaimi Samat menolong mangsa banjir menaiki trak bomba selepas kediaman mereka ditenggelami air sedalam 1 meter di Kampung Bakong, Pasir Mas. - NSTP/Syamsi Suhaimi
Kawasan kampung di Jalan lama Pasir Mas-Jeram Perdah di Rantau Panjang tidak boleh dilalui kenderaan ringan selepas ditenggelami air. - NSTP/Syamsi Suhaimi

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,751 mangsa sehingga jam 8 malam ini, membabitkan 1,130 keluarga ditempatkan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Krai dilanda banjir semula selepas dua PPS kembali dibuka sejak jam 7 malam yang menempatkan 20 keluarga.

Pasir Mas mencatat bilangan mangsa paling ramai iaitu 1,755 daripada 582 keluarga di 17 PPS.

Kota Bharu merekodkan 676 mangsa daripada 190 keluarga di tujuh PPS, Pasir Puteh 582 mangsa daripada 155 keluarga di tujuh PPS dan Tanah Merah seramai 278 mangsa daripada 76 keluarga di lapan PPS.

Bachok mencatatkan 228 mangsa daripada 51 keluarga di dua PPS dan Machang mempunyai 151 mangsa daripada 48 keluarga di empat PPS.

Berita Harian X