Jumaat, 6 Disember 2019 | 12:09pm
Kanak-kanak yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. - NSTP/Fathil Asri

Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan

KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 6,216 orang setakat jam 11 pagi ini.

Kesemua mereka membabitkan 2,328 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),

Pasir Mas menunjukkan penurunan paling banyak kepada 3,445 mangsa daripada 1,351 keluarga di 12 PPS.

Doktor Klinik Kesihatan Rantau Panjang, Che Haniff Che Hassan memeriksa kanak-kanak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gual Tinggi. - NSTP/Fathil Asri

Tumpat pula hanya sedikit menurun kepada 2,771 mangsa kepada 977 keluarga di tujuh PPS.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya, namun semakin menurun iaitu 9.54 meter berbanding 10.05 meter semalam.

Sungai Golok di Kuala Jambu yang menunjukkan paras bahaya merekodkan bacaan 2.63 meter.

Berita Harian X