Rabu, 18 Disember 2019 | 3:04pm
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ismail

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Ismail Salam yang meninggal dunia pagi ini.

Ismail, 51, pengsan di kediamannya di negara berkenaan dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.33 pagi tadi.

“Seri Paduka berdua menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham Ismail dan menzahirkan harapan agar keluarganya tabah menghadapi suasana pilu serta dugaan daripada Allah SWT.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Ismail Salam yang meninggal dunia pagi ini.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Ismail Salam yang meninggal dunia pagi ini.

“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin,” menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan, hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pernah bertemu Allahyarham yang memegang jawatan itu sejak Februari 2019 ketika lawatan khas Seri Paduka berdua ke Brunei pada Februari dan Lawatan Negara pada Ogos lalu.

Lawatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Brunei adalah Lawatan Negara pertama Seri Paduka sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu.

Allahyarham meninggalkan balu, Rosita Ismail dan dua anak, Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungari. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X