Sabtu, 11 Januari 2020 | 11:40pm
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan trofi Piala Cabaran Perdana Menteri kepada Ketua Pasukan Team Hollywood (Australia), Ray Roberts pada majlis penutup Kejohanan Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 edisi ke-18 hari ini. Turut bersama, Ahli Jawatankuasa Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) Tunku Yaacob Khyra (tiga,kiri) dan Tunku Soraya Dakhlah Tunku Abdullah (dua,kiri). Pasukan Team Hollywood berjaya merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dalam kelas Racing pada RLIR 2020 edisi ke-18 yang berakhir hari ini. - Foto BERNAMA

Pangku Menteri Pendidikan untuk sementara sahaja - Dr Mahathir

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan melepaskan segera jawatan Menteri Pendidikan yang dipangkunya sebaik sahaja mendapat pengganti yang sesuai.

Perdana Menteri berkata jawatan Menteri Pendidikan baharu yang bakal dilantik akan dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Secepat mungkin, apabila saya dapat pilih seorang untuk ambil alih, saya akan lepas jawatan.

“Saya cuma sementara sahaja dan biasanya dia (pengganti) adalah dari BERSATU,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 di Kelab Perahu Layar Diraja Langkawi, di sini, malam ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya mengumumkan Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu, selepas perkara itu diputuskan Kabinet pada mesyuarat Rabu lalu.

Dr Maszlee Malik yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU meletak jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir dalam satu pertemuan sehari sebelum itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata proses mencari pengganti bagi jawatan itu berkemungkinan tidak akan melalui proses rombakan Kabinet.

“Tak tahulah pasal rombakan Kabinet, tetapi yang tentu kita mesti ada Menteri Pendidikan baharu, ...yang lain saya tak tahu,” katanya.

Ditanya kemungkinan akan ada lagi menteri yang akan meletak jawatan seperti dibuat Maszlee, beliau berkata tidak tahu mengenai perkara itu.

“Itu saya tidak tahu, kalau ada lagi (menteri) yang nak letak jawatan, ...kita terima. Kalau ada lah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata pihaknya juga sedang mengkaji adakah akan ‘memecahkan’ Kementerian Pendidikan dengan Pengajian Tinggi seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Berita Harian X