Ahad, 12 Januari 2020 | 12:28am
DR MAHATHIR menyampaikan trofi Piala Cabaran Perdana Menteri kepada Ketua Pasukan Team Hollywood (Australia), Ray Roberts. Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) Tunku Yaacob Khyra (tiga, kiri) dan Tunku Soraya Dakhlah Tunku Abdullah (dua, kiri).Pasukan Team Hollywood merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dalam kelas Racing pada RLIR 2020 edisi ke-18 yang berakhir hari ini. - foto BERNAMA

Tindakan Latheefa Koya dedah rakaman audio tak salah - PM

LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi sebagai bukan perbuatan yang salah.

Perbuatan Latheefa itu menyamai tindakan pihak berkuasa yang melakukan serbuan ke kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence pada Mei 2018.

“Dahulu kita sudah buat apabila kita serbu Pavillion Residence, kita dapati barang yang banyak dimiliki Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kita tunjuk kepada orang ramai, kita tidak sembunyi sehingga ada perbicaraan.

“Ini (pendedahan rakaman) sama juga, tidak ada beza,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 di Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi, di sini, malam ini.

DR MAHATHIR menyampaikan trofi Piala Cabaran Perdana Menteri kepada Ketua Pasukan Team Hollywood (Australia), Ray Roberts. Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) Tunku Yaacob Khyra (tiga, kiri) dan Tunku Soraya Dakhlah Tunku Abdullah (dua, kiri).Pasukan Team Hollywood merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dalam kelas Racing pada RLIR 2020 edisi ke-18 yang berakhir hari ini. - foto BERNAMA
DR MAHATHIR menyampaikan trofi Piala Cabaran Perdana Menteri kepada Ketua Pasukan Team Hollywood (Australia), Ray Roberts. Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) Tunku Yaacob Khyra (tiga, kiri) dan Tunku Soraya Dakhlah Tunku Abdullah (dua, kiri).Pasukan Team Hollywood merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut dalam kelas Racing pada RLIR 2020 edisi ke-18 yang berakhir hari ini. - foto BERNAMA

Rabu lalu, SPRM mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi dan hasil siasatan agensi itu mendapati ia adalah tulen setakat ini.

Klip audio berkenaan didakwa membabitkan perbualan antara Najib bersama berapa individu berhubung kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.

Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap sebagai tidak beretika, Dr Mahathir menjawab ringkas, "Apa yang tidak beretika itu?".

Berita Harian X