Selasa, 14 Januari 2020 | 4:30pm
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

SPRM belum terima notis tuntutan Najib

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya belum menerima sebarang notis tuntutan daripada peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan video klip oleh agensi itu sebelum ini.

“Saya belum terima notis itu,” katanya selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020 di Menara Bank Rakyat di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Najib memutuskan untuk memulakan tindakan penghinaan mahkamah terhadap SPRM dan Latheefa, susulan pendedahan klip audio, sebelum ini.

Menyentuh dakwaan wujud satu komplot jenayah yang dibuat bagi mencemarkan reputasinya selepas pendedahan video itu, Latheefa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata, satu laporan polis sudah dibuat kakitangannya pagi tadi dan segala maklumat berkait dakwaan itu sudah diserahkan kepada polis.

“Selepas pendedahan, kami dapat maklumat tentang komplot jahat terbabit. Saya tidak mahu komen sangat, biar polis buat siasatan,” katanya.

Berita Harian X