Jumaat, 24 Januari 2020 | 12:11am

2 warga China di Vietnam positif wabak coronavirus

HANOI: Dua warga China yang berada di Vietnam diuji positif dijangkiti wabak coronavirus dan kini sedang dirawat di hospital dekat negara itu.

Lelaki berkenaan tinggal di bandar Ho Chi Minh itu dijangkiti oleh ayahnya yang baru pulang ke Vietnam pada 13 Januari lalu selepas berkunjung ke Wuhan, China.

Ayah lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 17 Januari lalu akibat demam panas, selepas beberapa anaknya menunjukkan simptom.

Seorang pegawai kesihatan dipetik berkata, kedua-dua mangsa dikuarantin dan diuji positif dijangkiti koronavirus yang sudah pun mengorbankan 17 orang di China termasuk menjangkiti lebih 570 orang.

Pegawai Perubatan Hospital Bandar Ho Chi Minh, Dr Nguyen Ngoc Sang, berkata pesakit menunjukkan tanda baik untuk sembuh selain suhu panas badan akibat demam sudah menurun.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Vietnam, Nguyen Truong Son, berkata segala langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak berkenaan diambil kerajaan.

"Kita patut segera lakukan ujian terhadap kes yang disyaki supaya dapat mengesan lebih awal dan cepat. Kita tidak mahu ia menular dalam kalangan orang ramai," katanya

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X