Jumaat, 24 Januari 2020 | 9:46pm
Harga runcit petrol RON97, turun sebanyak empat sen daripada RM2.53 sen seliter kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 31 Januari. - NSTP/Intan Nur Elliana Zakaria

RON97 turun 4 sen, harga RON95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97, turun sebanyak empat sen daripada RM2.53 sen seliter kepada RM2.49 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 31 Januari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya, memaklumkan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.19 serta RM2.26 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan daripada minggu lalu bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.23 seliter, manakala kenaikan bagi diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, susulan pengekalan harga runcit bagi produk petroleum itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 25 Januari hingga 31 Januari ini adalah berjumlah RM49.30juta.

Berita Harian X