Sabtu, 25 Januari 2020 | 12:35pm
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendengar penerangan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawal;an Penyakit KKM, Dr Mahesh Appannan mengenai perkembangan terkini jangkitan gejala Coronavirus selepas sidang media di Putrajaya. Turut kelihatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kawalan Penyakit Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Norhayati Rusli. - Foto Mohd Fadli Hamzah

KKM kerah aktiviti pengesanan di lapangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengaktifkan serta merta Pasukan Bertindak Cepat (RRT) dan Pasukan Penilaian Cepat (RAT) yang ditugaskan menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan, sejurus tiga kes positif jangkitan coronavirus 2019-nCoV disahkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bagi memastikan keselamatan, kesemua anggota kesihatan diarah memberi perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang optimum sepanjang masa.

“Saringan pesakit di semua premis kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kes yang memenuhi akan dirujuk untuk penyiasatan selanjutnya.

Carta kawasan yang terbabit dengan jangkitan gejala Coronavirus. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Carta kawasan yang terbabit dengan jangkitan gejala Coronavirus. - Foto Mohd Fadli Hamzah

“Kejadian wabak jangkitan ini dipandang serius oleh KKM. Justeru suatu tatacara mengenainya yang membabitkan premis kesihatan awam dan swasta sudah dikeluarkan baru-baru ini.

“Tatacara ini akan digunakan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV,” katanya.

Beliau berkata, selain dari tiga kes positif yang dikesan membabitkan tiga pelancong China itu, secara keseluruhannya Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) turut menerima makluman sembilan kes disyaki jangkitan 2019-nCoV tetapi ujian makmal mengesahkan kesemuanya negatif.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X