Sabtu, 25 Januari 2020 | 2:12pm
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berbincang bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kawalan Penyakit Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Norhayati Rusli mengenai perkembangan terkini wabak coronavirus sebelum mengadakan sidang media di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Pelancong China negatif coronavirus sudah dihantar pulang

KUALA LUMPUR: Lima pelancong warga China yang diuji negatif tetapi berada sama dalam rombongan bersama tiga sekeluarga yang disahkan terkena jangkitan coronavirus 2019-nCOV, sudah dihantar pulang ke negara asal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mereka adalah sebahagian daripada kelompok lapan pelancong yang diperiksa oleh pejabat kesihatan dan mereka yang tiada gejala dihantar segera ke negara itu.

"Ada lapan individu yang rapat dengan kes import coronavirus pertama Singapura dikesan berada di Johor Bahru. Mereka terdiri daripada empat dewasa dan empat kanak-kanak, yang kesemuanya adalah warga negara China.

"Ujian pengesanan dan pengesahan terhadap kesemua mereka diperoleh dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh, lewat malam tadi, yang mengesahkan hanya tiga yang sah dijangkiti coronavirus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiga kes yang didapati dijangkiti coronavirus itu adalah ahli keluarga terdekat kepada kes positif pertama di Singapura iaitu isteri dan cucunya yang kini stabil dalam rawatan dan pemantauan di Hospital Sungai Buloh.

“Manakala lain-lain kontak yang dikesan adalah negatif bagi 2019-nCoV, tiada gejala dan telah dihantar pulang ke China,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X