Sabtu, 25 Januari 2020 | 2:41pm
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - NSTP/Aizuddin Saad
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - NSTP/Aizuddin Saad

Coronavirus: Mufti ajak umat Islam solat hajat lindungi Malaysia

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini disaran melakukan solat hajat, memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pejabatnya akan mengeluarkan Bayan Linnas, khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsa coronavirus 2019-nCoV dalam masa terdekat.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak coronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.

“Kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak ini melalui pelbagai medium,” katanya yang kini sedang dalam lawatan ke Turki, menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Zulkifli berkata, tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam menangani isu penyebaran virus itu wajar diberi pujian.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X