Rabu, 29 Januari 2020 | 1:48pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. NSTP/Aizuddin Saad
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. NSTP/Aizuddin Saad

Jangan halang pelancong lawat masjid, muzium - Dr M

PUTRAJAYA: Bukan dasar kerajaan untuk menyekat pelancong bukan Islam daripada melawat kawasan masjid dengan alasan khuatir dijangkiti virus coronavirus, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini, tiada tempat yang tidak boleh dilawati oleh pelancong kerana kononnya mereka mungkin membawa penyakit berkenaan.

"Ini bukan dasar kerajaan,” katanya pada sidang media di Perdana Putra di sini hari ini.

Katanya kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang sengaja mengeluarkan berita palsu dan untuk menakut-nakutkan serta menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia.

Berita Harian X