Selasa, 4 Februari 2020 | 9:37am

Rakyat Malaysia dari Wuhan ditempatkan di pusat pemantauan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang baru tiba dari Wuhan, China sudah keluar dari Unit Kecemasan Udara dan tiba di pusat pemantauan, pagi ini.

Dua bas membawa kumpulan pertama yang tiba dari Wuhan, iaitu tempat asal penularan coronavirus (2019-nCoV), keluar dari klia2 kira-kira 8 pagi tadi.

Tiga lagi bas masih menunggu mereka yang sedang melalui saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara.

Terdahulu, mereka dibawa pulang menaiki pesawat AirAsia AK8264 dari Wuhan, China dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi.

Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
 - Foto BERNAMA

Pesawat berkenaan membawa pulang 133 individu, masing-masing 107 rakyat Malaysia yang berdepan perintah berkurung di bandar raya dalam wilayah Hubei; enam pasukan petugas dan 20 anggota misi berkenaan.

Semalam, pesawat A320 itu berlepas ke Wuhan dari klia2 pada jam 4.38 petang dalam operasi menangani penularan coronavirus (2019-nCoV).

Semua penumpang terbabit melalui tapisan kesihatan mengikut pihak penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe, Wuhan, sebelum dibenarkan memasuki pesawat untuk berlepas balik ke Malaysia.

Seramai 107 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Air Disaster Unit (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA

Antara rakyat Malaysia keluar dengan bas yang disediakan ke pusat kuarantin selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Berita Harian X